Tuesday 3 May 2011

Di sebalik senyum...

Hari ini aku bertemu dengan sorang kawan lama. Seronok sangat bila sesekali berjumpa. Maklumlah dah 1 tahun aku xdengar sebarang khabar berita dari dia tiba2 arini dapat bertukar cerita.
Dari semenjak aku mengenali dia dahulu hingga kini, org nyer xbanyak berubah cuma nampak dia lebih berisi dan ceria. Mungkin tengah bahagia kot!!!....klu dulu2 bila aku wat lawak2 bodo dia ketawa hanya dari wajah...kdg2 nampak sangat platiknyer. Tpi biar aje lah, xambik hati pun klu kawan2 wat muka plastik...layanzzzzz...huhuhu.
Tpi arini dia berlainan sekali. Wajahnya sungguh ceria...matanya memancarkan kelegaan hati. Dulu aku sering tertanya2 apa masalah kawan aku sorang ni....cuma persoalan itu terlapaz di hati je...nak lebih2 takut gak maklumlah aku nie bukan jenis kepoh (yer lah tu...jgn percaya!!) Hari ini segala persoalan yg tertanam di fikiran aku akhirnya terjawab juga.
Seorang wanita yang ku lihat sempurna kehidupannya namun hari ini baru ku tahu segala resah hati yang tersembunyi.
J mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dengan 3 orang cahayamata yg sedang membesar dan ku kira dia amat bertuah kerana mempunyai seorang suami sempurna (hensem..penyayang...alim)..aduhhhh..kadang2 terfikir gak nape la suamiku tak mencontohi tingkah laku suami dia..(sori bang.....ayang bkn xbersyukur dgn abang cuma..angan2 terlebih sudah...hahahaha)
Lupa nak bagi tahu, dulu aku berjiran dgn si J nie jd kenal lah jugak ngan laki dia tu. Hampir setiap ptg aku nampak (oooiii...bukan aku mengintip erkkk...sori ckit)TERNAMPAK.......suami si J dgn anak2nya ke surau berhampiran..sejuk mata memandang...huhuhu.
Pendekata...suami si J nie mmg kelihatan macam SUAMI MITHALI...airmuka lembut..tenang. TAPI..air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Arini aku terkejut sangat bila J bagi tau dia dah berpisah dgn suaminya gara-gara hal persekolahan anak. Mcm xlogik lak....namun bila diingatkan semula kata2 seorang ustaz kaunseling perkahwinan, hal2 kecil mcm kisah ubat gigi pun leh membawa perceraian jika tiada persefahaman dlm rumahtangga.
Begitulah nasib kawan ku ini....gara2 dia membuat pertukaran sekolah anak tanpa persetujuan suaminya maka dapatlah 1 title yg paling glamour...Mak Jan. Bila aku cakap camtu J ketawa je.
'mana ada glamour........bertambah kelemumur adala la..'
'nape lak?????'
'yer la....serabut kepala nak fikir tanggungjawab pada anak2'
'aik.....yg berpisah mak bapa..anak tetap anak gak...sma2 la tanggung'
'huhh...sedap sma...tanggung sorang'
'pulakkk......adehhhh'
Kini baru terserlah kebenaran. Selama ni ada gak cerita2 feél suami J yg aku dengar tpi cam xcaya je maklumlah cuma cakap2 org. J pulak lebih suka tutup mulut. Rupa2nya suami J pernah terlibat ngan kumpulan Tabliqh (maaf...bkn nak kutuk org2 tabliqh tpi segelintir dikalangan mereka ini terlalu taksub hga terabai tanggungjawab dan amanah yg sepatutnya) Selama ni J yg byk berkorban dlm perbelanjaan dan tanggungjawab rumahtangga. Pernah dia ditinggalkan selama 3 mgu tanpa sesen pun di dlm dompet malahan barangan dapur pun cukup utk 3 hari je....demi anak2 J tebalkan muka meminta bantuan keluarganya.
'malunyer aku waktu tu jgn ckp lah...apatah lg bebelan mak aku...naik menanah telinga'
'ko xder simpanan ker?'
'simpanan?...nak makan ari2 pun sakit'
'abih tu laki ko bg apa???'
'bagi anak'
'ko biar btul....'
'aku bukan nak buruk2 kan sesiapa tpi hakikatnya mmg mcm tu..hanya allah yg tahu derita aku, demi anak dan rumahtangga aku bertahan selama 9 thn..tiap2 jam kepala otak aku serabut spi rasa cam nak meletup..xde tempat nak ngadu..ko faham lah mak aku pun janda anak sorang waktu kawen ngan bapa tiri aku...xkan aku nak bebankan dia lak.'
'nape ko xngadu kat aku??'
'malu aku....korang kan selalu ckp suami aku baik'
(Huhuhu...taubat aku xnak dah puji suami org lain....buang karan je.)
'xpa...biarkan aje lah sume tu berlalu...dah 2 thn aku berpisah ngan dia..aku bahagia skrg dgn anak2'
'dia xnyesal ceraikan ko'(maklumlah kawan aku nie cantik)
'ada gak dia ajak rujuk...katanyer demi anak2 tpi aku ckp..klu dia fikirkan anak2 tentu dulu aku tidak ditinggalkan dan diceraikan'
'betul gak kan!!....ko xnak kawen lg' kuang...kuang...kuang
'biarlah takdir tentu kan'....huhuhu...ayat selamat lah tu...ada harapan nie. Leh ler aku rekomen kat sedara mara...hehehehe....
So...sapa2 yg nak masuk borang..korang kena melalui Makcik Gaban(aku lah tu) nie dulu ....k.
Ada berani????????????
Apa-apa pun..pertemuan hari ini mmg memberi makna yg mendalam utk aku. Inilah cerita-cerita disebalik tabir kehidupan yg jarang kita ketahui walaupun cerita itu adalah kisah benar seorang jiran di sebelah rumah. Saat kita bersuka ria menikmati hidangan sedap tpi jiran sebelah sedang menangis menahan kelaparan. PRIHATIN kah kita.????
Lepas nie aku nak bjar jd jiran yg kepoh lah......
Ada sesiapa yg berani berjiran ngan aku....hahahahaha
SIAP KORANG!!!!!!!!