Monday 24 November 2014

Pada suatu petang. Anak dara suntiku sibuk dengan cangkul, pengaup sampah dan penyapu di belakang rumah. Pelik aku tengok dia terbongkok-bongkok di tepi longkang.
Lepas disiasat rupanya dia sedang beroperasi nak mengambil sekor kucing dara di dalam longkang. Kucing tu dah basah kuyup dan menggigil kesejukan. Nasib baik longkang tu tidak penuh walaupun tengahari tadi hujan lebat. Memandangkan kucing tu dah besar dan longkang yg dlm dan sempit...operasi gagal.
Kucing tu pulak dah 50-50 je.
Nasib baik suamiku ada di rumah. Dia yang turun ke dlm longkang dan mengangkatnya naik.Dia mandikan kucing ku dengan air suam dan shampoo.
Agaknya sebab terlalu lama di dlm air kucing tu tiba-tiba kekejangan. Dia seakan menggelupur....100% kami sangka dia akan mati. suamiku mengalaskan kucing tu dengan tuala lama dan diselimut dengan t-shirt tebal.
Anakku menangis sedih...walaupun cuma kucing liar di belakang rumah tp keadaannya amat menyedihkan betul.
Menyangka dia akan mati kami tinggalkan di dlm kotak di belakang rumah.
pk 10 mlm anak-anakku menjenguk ke belakang. Rupanya masih hidup. Suamiku menggantikan balutan kain selimutnya. Katanya leher kucing tu patah kerana terkulai tak boleh diangkat. Kalau masih hidup kami bercadang nak bawa ke klinik keesokkan hari.
Rupa-rupanya kucing ku terkena sawan akibat terlalu lama berendam dlm air. selepas di rawat beberapa hari akhirnya dia sehat tp matanya menjadi rabun. Dia bergerak berdasarkan deria bau...atau mungkin bunyi . Aku pun tak pasti cuma yg aku tahu dia bergerak menyusur dinding rumah . Jika di panggil dia akan berbunyi tp kepalanya akan ditelengkan mengikut arah bunyi. Dia xmampu mengangkat / mendongak kepala. Jika dia mendongak...tubuhnya akan terbalik. Kami cuba mengurut lehernya tp xberkesan akhirnya kami biarkan dia begitu.
yang paling menyentuh perasaan kami sekeluarga.....dia amat cam dgn suamiku .Dia akan menuju kearah suamiku walaupun kami sekeluarga berada bersama.
Kini telah setahun berlalu..dia tetap bersama kami. Hidupnya hanya makan dan tidur. Jika dia tidur walau diganggu dia tetap nyenyak. Kdg2 terasa pelik seakan dia tidak mempunyai deria rasa. Tapi itulah istimewanya dia.
Anak lelakiku menggelarnya Sewel.....dan itulah istumewanya si BKU (BINATANG KURANG UPAYA) di dlm keluarga kami.

Sunday 23 November 2014

Monday 17 November 2014

Berani mencuba....lebih baik daripada Menanti sahaja.

Berani mengalah.....lebih baik daripada Menang tanpa faedah

Berani mencari kebenaran....lebih baik daripada Menunggu jawapan

Dlm usaha mencari kesenangan hidup, harus berani menerima kegagalan dan kerugian.

Bekerja keras biarlah kena pada arah dan tujuan.

bila berpihak pada sesuatu...biarlah bersebabkan kebenaran...bukan ikutan.

Jgn jadikan alasan sebagai dinding bertahan.

Berani mengaku kesilapan, lebih baik daripada menegakkan kejahilan.

Dan.....memberi kemaafan bukanlah kelemahan tpi kehebatan utk menjauhi dendam.


Lempeng buat sarapan pagi...emmmm...cicah sambal ikan bilis....sedappppp
Lempeng mmg sinonim dlm kehidupan ku. Semenjak zaman kanak-kanak lagi aku membesar dengan lempeng yang di variasikan dengan pelbagai cara oleh nenekku.
Lempeng tepung, lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng ubi, lempeng kentang, lempeng kari, lempeng sayur dan paling aku suka lempeng tepung atta (tepung capati).
Biarpun zaman telah berubah namun bagiku lempeng airtangan arwah nenek adalah yang terbaekkkk.
Mungkin kerana aku dibesarkan oleh nenek dan hasil masakan nenek adalah dari limpahan kasih sayangnya maka olahan rasanya meresap ke jiwa.
Sebab itulah orang selalu berkata " masak dengan kasih sayang menghasilkan masakan yang marbeles." walaupun masakan itu simple.
Sebagai seorang ibu aku menyaksikan sendiri keajaiban airtangan kasih sayang. walau hanya hidangan ikan goreng, sawi tumis air dan sambal belacan namun anak-anak dan suami akan makan bertambah2. Kadang2 rasa nak menitis air mata. Adakala hidangan kami serba sederhana malah boleh dilabelkan juga serba kekurangan....namun anak-anak tidak pernah merungut. Adakala peti ais kosong tak berlauk.
"takpe...ibu masak nasi goreng je pun boleh...kami suka"
Nasi goreng + sebiji telur tetap enak dikongsi bersama. Alhamdulillah...rezeki Allah.
Frasa-frasa kehidupan yang kami lalui banyak memberi kenangan manis yang bila dikenang pasti akan mengalir air mata.
Alhamdulillah...rezeki allah.
Kini, hidup kami tetap indah walau tidak mewah. Berada dlm serba sederhana..aku sering menadah tangan berdoa agar dikekalkan kebahagian kami ini dan dilimpahi keberkatan selalu.



Memang benar janji allah " anak-anak itu pembawa rezeki"
Setiap anak dijanjikan rezekinya tersendiri. Sebagai ibu bapa jangan kita mempertikaikan rezeki anak. Ada yang mengeluh bila ada anak yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Setiap anak ada sisi yang tersendiri.Contohnya anak2ku:
Along ke mrsm tp angah lebih cenderung ke tahfiz manakala adik ke aliran biasa. Walaupun cuma 3 orang tpi ada 3 warna yang berbeza.Walaupun dulu aku cuba membentuk angah mengikut jejak Along namun kecenderungannya berbeza. Akhirnya aku membiarkan dia memilih hala tujunya.
Didlm doa aku amat berharap agar anak2 dpt menerimaku BUKAN hanya sebagai seorang ibu tapi juga sebagai seorang sahabat.
In sya allah.

Sunday 16 November 2014

Sihat sebelum sakit
Semua orang nak sihat. Ada yang nak penyakit????...Tanya orang giler pun dia cakap dia xmo sakit. Tapi kita tidak dapat menolak penyakit andai ditakdirkan cuma kita mampu berusaha menghindari sakit @ penyakit.
Sebab itulah kita dinasihati supaya menjaga kesihatan.

Tak dapat semua cukuplah kalau dapat di amalkan satu @ dua jenis. Amalan meminum madu ramai yang suka buat sebab apa?
sebab madu tu manis.
Yang tak manis adalah BERMADU.......huhuhu.

Selain daripada menjaga kesihatan jangan dilupakan amalan berdoa.
Berdoalah.....kerana itu yang paling mudah dilakukan. Tadah tangan dan berdoalah dengan hati yang ikhlas.
Semoga Allah permudahkan urusan kita.

Friday 25 July 2014




Selamat hariraya aidilfitri 2014
maaf zahir batin.

Tahun nie maksue nak beraya di kg kat Kedah. Hari raya ke 3 insyaallah akan beraya kat kg hubby lak di kelantan.
Memang rutin raya tiap2 tahun hampir sama je. Kecuali klu tak balik kg...maka berayalah kami sekeluarga di JB.
Klu diberi pilihan anak2 lebih suka beraya di Kedah. Walaupun mereka rapat dgn nenek di kelantan tp lebih sukakan suasana raya di kedah. Maybe sb ada ramai sedara mara jika dibandingkan dgn kat kelantan.
Sebenarnya tak banyak beza pun perayaan di antara kedua-dua negeri ni.Ketupat palas/pulut menjadi menu utama di samping nasi. Kelantan terkenal dgn nasi dagang / nasi berlauk yg wajib ada dan kedah lak nasi daging / nasi tomato / nasi hujan panas mmg wajib ada. (ni menu keluarga kami....org lain xtau lah pulak)
Raya kedua di kedah.....menu bihun sup / laksa penang / mee kari. Manakala di kelantan
kami sering menyediakan laksam / laksa penang.
Cuma 1 perbezaan yg nyata....Klu beraya di Kedah, kami lebih byk keluar rumah utk menziarahi kaum keluarga tp klu kat kelantan, lebih byk kat umah sb xsempat nak kluar dah penuh umah ngan sedara .....hik hik
Apa-apapun yang paling penting adalah sambutan hariraya bersama keluarga. tak kisahlah di mana-mana pun asalkan bersama keluarga tetap jua meriah.
Paling pening kepala klu nak balik kg.......huhuhuhu
Jalan jam......uwaaaaaaa.....mmg menguji kesabaran.
Highway utara selatan pun jam...
Pantai timur pun jam.
Ingat selamat klu naik flight????....kat atas langit mmg la selamat tk jam. Tapi bila spai airport je......hemmm...ambik ko.....sangkut dlm jam gak. Lain lah klu umah sblh airport...baru selamat xjam kot...hua hua hua.
Walau apa pun keadaan semuanya menjadi tenang bila dpt berkumpul dengan sanak sedara.
Itulah nikmatnya hariraya.

Selamat hariraya aidilfitri
maaf zahir batin utk semua.