Monday 24 November 2014

Pada suatu petang. Anak dara suntiku sibuk dengan cangkul, pengaup sampah dan penyapu di belakang rumah. Pelik aku tengok dia terbongkok-bongkok di tepi longkang.
Lepas disiasat rupanya dia sedang beroperasi nak mengambil sekor kucing dara di dalam longkang. Kucing tu dah basah kuyup dan menggigil kesejukan. Nasib baik longkang tu tidak penuh walaupun tengahari tadi hujan lebat. Memandangkan kucing tu dah besar dan longkang yg dlm dan sempit...operasi gagal.
Kucing tu pulak dah 50-50 je.
Nasib baik suamiku ada di rumah. Dia yang turun ke dlm longkang dan mengangkatnya naik.Dia mandikan kucing ku dengan air suam dan shampoo.
Agaknya sebab terlalu lama di dlm air kucing tu tiba-tiba kekejangan. Dia seakan menggelupur....100% kami sangka dia akan mati. suamiku mengalaskan kucing tu dengan tuala lama dan diselimut dengan t-shirt tebal.
Anakku menangis sedih...walaupun cuma kucing liar di belakang rumah tp keadaannya amat menyedihkan betul.
Menyangka dia akan mati kami tinggalkan di dlm kotak di belakang rumah.
pk 10 mlm anak-anakku menjenguk ke belakang. Rupanya masih hidup. Suamiku menggantikan balutan kain selimutnya. Katanya leher kucing tu patah kerana terkulai tak boleh diangkat. Kalau masih hidup kami bercadang nak bawa ke klinik keesokkan hari.
Rupa-rupanya kucing ku terkena sawan akibat terlalu lama berendam dlm air. selepas di rawat beberapa hari akhirnya dia sehat tp matanya menjadi rabun. Dia bergerak berdasarkan deria bau...atau mungkin bunyi . Aku pun tak pasti cuma yg aku tahu dia bergerak menyusur dinding rumah . Jika di panggil dia akan berbunyi tp kepalanya akan ditelengkan mengikut arah bunyi. Dia xmampu mengangkat / mendongak kepala. Jika dia mendongak...tubuhnya akan terbalik. Kami cuba mengurut lehernya tp xberkesan akhirnya kami biarkan dia begitu.
yang paling menyentuh perasaan kami sekeluarga.....dia amat cam dgn suamiku .Dia akan menuju kearah suamiku walaupun kami sekeluarga berada bersama.
Kini telah setahun berlalu..dia tetap bersama kami. Hidupnya hanya makan dan tidur. Jika dia tidur walau diganggu dia tetap nyenyak. Kdg2 terasa pelik seakan dia tidak mempunyai deria rasa. Tapi itulah istimewanya dia.
Anak lelakiku menggelarnya Sewel.....dan itulah istumewanya si BKU (BINATANG KURANG UPAYA) di dlm keluarga kami.

No comments:

Post a Comment