Monday 17 November 2014


Lempeng buat sarapan pagi...emmmm...cicah sambal ikan bilis....sedappppp
Lempeng mmg sinonim dlm kehidupan ku. Semenjak zaman kanak-kanak lagi aku membesar dengan lempeng yang di variasikan dengan pelbagai cara oleh nenekku.
Lempeng tepung, lempeng kelapa, lempeng pisang, lempeng ubi, lempeng kentang, lempeng kari, lempeng sayur dan paling aku suka lempeng tepung atta (tepung capati).
Biarpun zaman telah berubah namun bagiku lempeng airtangan arwah nenek adalah yang terbaekkkk.
Mungkin kerana aku dibesarkan oleh nenek dan hasil masakan nenek adalah dari limpahan kasih sayangnya maka olahan rasanya meresap ke jiwa.
Sebab itulah orang selalu berkata " masak dengan kasih sayang menghasilkan masakan yang marbeles." walaupun masakan itu simple.
Sebagai seorang ibu aku menyaksikan sendiri keajaiban airtangan kasih sayang. walau hanya hidangan ikan goreng, sawi tumis air dan sambal belacan namun anak-anak dan suami akan makan bertambah2. Kadang2 rasa nak menitis air mata. Adakala hidangan kami serba sederhana malah boleh dilabelkan juga serba kekurangan....namun anak-anak tidak pernah merungut. Adakala peti ais kosong tak berlauk.
"takpe...ibu masak nasi goreng je pun boleh...kami suka"
Nasi goreng + sebiji telur tetap enak dikongsi bersama. Alhamdulillah...rezeki Allah.
Frasa-frasa kehidupan yang kami lalui banyak memberi kenangan manis yang bila dikenang pasti akan mengalir air mata.
Alhamdulillah...rezeki allah.
Kini, hidup kami tetap indah walau tidak mewah. Berada dlm serba sederhana..aku sering menadah tangan berdoa agar dikekalkan kebahagian kami ini dan dilimpahi keberkatan selalu.



Memang benar janji allah " anak-anak itu pembawa rezeki"
Setiap anak dijanjikan rezekinya tersendiri. Sebagai ibu bapa jangan kita mempertikaikan rezeki anak. Ada yang mengeluh bila ada anak yang berjaya dan ada yang kurang berjaya. Setiap anak ada sisi yang tersendiri.Contohnya anak2ku:
Along ke mrsm tp angah lebih cenderung ke tahfiz manakala adik ke aliran biasa. Walaupun cuma 3 orang tpi ada 3 warna yang berbeza.Walaupun dulu aku cuba membentuk angah mengikut jejak Along namun kecenderungannya berbeza. Akhirnya aku membiarkan dia memilih hala tujunya.
Didlm doa aku amat berharap agar anak2 dpt menerimaku BUKAN hanya sebagai seorang ibu tapi juga sebagai seorang sahabat.
In sya allah.

No comments:

Post a Comment