Sunday 26 August 2012

Raya 2012

Selamat Hari Raya.....
Alhamdulillah tahun nie dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Tahun yang lepas kurang memuaskan kerana masalah kesihatan.
Tahun nie beraya di kampung halaman sendiri.....Balik Kampung....yeaaaaa!!!!
Dah 2 tahun aku xbalik beraya di kampung. Maklumlah aku nie ada kampung halaman di 3 negeri maka terpaksalah mengikut turn....huhuhu.
Sungguh puas rasa hati sb dpt beraya di Kedah...negeri tumpah darahku. Semangat nak beraya tu berkobar-kobar. Anak2 pun bukan main bersemangat lagi nak beraya dgn Tok depa...pulun sakan....hahahaha.
Adik beradik aku pun balik berkampung di Kedah jugak maka senyum mak aku pun dah sampai ke ubun-ubun.....hahahaha. Maklumlah penuh parking. Ada gak adik2 yg beraya di kg halaman mertua...nasib badan ler!!!...huhu.
Raya Pertama,
Lepas sembahyang raya je aku dah angkut mak pi beraya. Habih umah tok menakan, mak menakan, Pak menakan....dan segala 'kan' lg aku jelajah. Alang-alang beraya...berat sakan poket anak2 aku...hahahaha. TAPI...bukan itu motifnya. Tujuan ziarah beraya adalah utk mengeratkan silaturahim. Masa macam ni lah nak jumpa sanak sedara yang berjauhan. Kiranya klu dapat 'collection' tu...bonus je la. Tahun nie mmg puashati beraya. Ada mak menakan yg dah bertahun2 xjumpa pun boleh bertemu muka, bersalam dan berpeluk mesra...alhamdulillah. Selamat hariraya utk Makcik lisa sekeluarga (yg pulang beraya dari SABAH).Setelah berpuluhan tahun menjadi ahli keluarga, inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke teratak nenda utk berhari raya. Kalau lah arwah nenda masih ada, tentu........'Tok....menantu Tok dah balik ke umah kita'..'Nyang...cucu cicit dah balik ke kg'....inilah ketentuan Yang Maha Mengetahui. Selepas 25thn, generasi kami yg menjadi penghubung silaturahim. Betul lah kata Tok n Nyang 'suatu hari depa akan balik jugak'. Walau terasa ralat dihati namun...syukur alhamdulillah kerana kami diberi kesempatan utk saling mengenali. Tahun nie jugak dpt jumpa Pak Ndak Khadri sekeluarga, Pakngah Zizan sekeluarga dan Makcik Nazuah sekeluarga...emmm sedap makan lontong.
Ooooo yer...Paklong Glamour pun jumpa jugak....En. Mansor Che Lat......hehehehe...tabik tuan.
Raya Ke-dua,
Sanak sedara pulak berkampung di umahku. Habih gak beras 10kg....hahahaha..berbaloi!!!
Raya Ke-tiga,
Kami berkonvoi ziarah sedara di Perlis. Thankz Abang Razak sekeluarga yg dok melayan kami pekena laksa kuala perlis, Shopping sakan di Padang Besaq.
Raya Ke-empat,
Aku sekeluarga beraya di Sungai Petani. Siap parking lg 1 mlm....hahahaha. Seronok jgk berkumpul dgn sepupu2 yg dah macam adik2 kandungku. Mcm2 cereta ada....mengumpat je yg lebih...hahahaha...buat dosa baru.
Raya Ke-lima,
Bertolak balik JB.....nasib baik jln xjam...tp 10 jam jgk la baru sampai umah.

Raya 2012................Terbaekkkk!!!!!!.


No comments:

Post a Comment