Wednesday, 2 March 2011

Hari yang .....

Hari ini nyaris-nyaris aku kena saman. Pagi tadi, pk9.25am aku tergesa-gesa sangat nak p tempat kerja.....bukan sebab apa cuma takut security tahan dah tu kena bayar denda lak sebab lambat jd aku pun bawa keta ikut sesedap rasa je la.....huhuhu
Hangpa nak tau maksue wat apa????
Huh....orang teror punya pasai...jalan no entry aku redah. Dah la seat-belt pun tak pakai. Baru je aku u-turn....alamak!!!!!!!!!!!!..bapak polisi di hadapan. Siap bagi lambaian mesra lak tu..huhu.Tepuk dahi je laaaaaaa.
Aku dah nekad...saman pun saman ler...maksue tak kesah dahhhh....sb memang maksue wat salah..huhu.
Yang paling kelakar dan tak pernah dibuat orang (agaknyer lah)..blm sempat pak polisi tu datang dekat, aku dah serbu serah diri....hahahaha. Tak sempat mati enjin keta, aku terus keluar serahkan kp n lesen..
" waƔlaikumsalam encik....tolong saman saya cepat sikit....saya nak kejar masa ni..tlg lah encik".
Terpinga-pinga abg (muda trang-tang lg...kih3) polis tu.
Atas bawah dia pandang aku dan.................mmg nasib aku baik kot " awak dah tahu salah apa..kan? len kali jgn wat lg...ok, awak leh jln"
Perrrhhhh....rasa cam nak.......abg polis tu....hahahaha....jgn wat hal. Mungkin sebab arini aku cantik kot (uwekkk...sendiri mau muntah la...)
Apa-apa pun..kawan2 sume tolong jgn ditiru aksi ini. Keselamatan jalan raya jangan diambil mudah. Mungkin kita terselamat tpi perbuatan kita leh membawa akibat pada orang len. Sama-samalah kita berhemah di jalan-raya ( aku dah taubat nie..)

Tuesday, 1 March 2011

Cerpen: Di sebalik mimpi (bab 1)

Aku mengatur langkah perlahan. Setapak demi setapak ku hampiri tubuh lelaki itu. Ku jatuhkan punggungku ke kerusi di sebelahnya. Angin malam dingin menyentuh kulitku namun bahang di hati makin membara. Faizal menoleh sejenak memandangku. Mata kami bertentangan. Dia cepat2 membuang pandang seolah2 enggan menatap wajahku. Ku lepaskan keluhan kecil sambil meraup wajah yg terasa panas.
‘kak Jue minta maaf atas sem..”
“dah terlambat!’ Faizal pantas memintas.
‘akak faham..’
‘faham?’….
Mata Faizal menatapku garang. Aku membalas tatapan itu. Aku tidak akan mengalah walau ku tahu bahang yg sedang menyala.
‘apa yang kau faham?’ suara faizal tegang.
Dia bangun membelakangiku. Bahasa nya kasar sama seperti 3 bulan yg lalu.
‘Izal….sampai bila kita harus begini? Bermusuhan begini? Akak dah penat melayan keadaan ini. Kita perlu hidup tpi bukan hidup dlm keadaan begini’
Aku masih berusaha untuk berlembut. Faizal membatu. Terdengar degusan keras dilepaskan.
‘akak dah pilih jln sendiri….izinkan akak…yang lain terserah lah pada Izal..akak redha’
Aku meletakkan helaian kertas di atas meja kecil di hadapanku. Aku telah nekad. Biarlah segala2nya bernoktah di sini. Aku terlalu lelah utk mengharungi semua ini. Aku tewas.
***********************************************************
‘Jue…lepas siapkan bunga tu, tolong ibu pasangkan riben ni yer!!’
Aku cuma mampu mengangguk kepala. Dah berderet senarai keja sedang menunggu sentuhan tenagaku.
‘Aduhhh…klu ku tahu begini nasibku…lebih baik aku ambik cuti lambat sikit..tpi kesian lak pada ibu, sorang2 wat keja nie semua….’ Aku mengeluh sendiri.
‘ooo..merungut yer?’
‘oooopocot…hei! ?’
Faizal hanya tersengih mendengar jeritanku.
‘kok yer pun ko menyampah ngan akak…jgn ler bunuh akak sblm merasa nasi minyak ko’
‘ha.ha.ha…..’ Faizal ketawa besar mendengar rajuk ku.
‘uittt…pengantin mana leh merayau2….pergi balik! Mana leh dtg sini…nanti hilang seri pengantin tau’
‘apa la akak nie…org sekarang mana ada pantang larang. Tiap2 ari pun boleh jumpa.
‘nanti klu xberseri masa bersanding…jgn menyesal’
“tak kisah…asalkan pengapit cantik macam akak dah ler…hahaha’
Faizal ketawa lagi sambil mengacah untuk menggosok kepala ku.
Aku hanya menggelengkan kepala. Melayan kan kerenah si faizal ni mmg sakit kepala dibuatnya. Tapi kami mmg akrab sejak kecil lagi. Anak tunggal maklong Ipah nie mmg mesra dgn keluargaku. Sementelah mak long lak satu2 nya kakak dlm keluarga Abah. Mereka 3 beradik tpi pelik nya ketiga2 beradik nie langsung xder anak pompuan. Hanya aku satu2 nyer yg wujud di tengah kelompok ini. Itu pun setelah abah dan ibu memeliharaku yg diambil dari rumah anak2 yatim. Aku hanya anak angkat tpi aku tidak pernah dibezakan malah aku disayangi oleh seluruh keluarga termasuk 2 org abg serta ibu dan bapa saudara. Mungkin kerana aku satu2nya anak perempuan yg wujud. Entah lah……..
Hampir semua sepupuku telah menjadi milik orang. Kini giliran faizal pula. Ahli perniagaan muda ni mmg glamour. Awek keliling pinggang. Mentang2 ler muka ada komercial value….tpi setia org nyer. Si Julia itu aje lah yg diusung sejak kat kampus lagi. Bertuah lah ko Julia…harap2 kekal lah keanak-cucu.
‘oiiiiiiiiii…berangan yer’
Aku terpinga-pinga.
‘ucikkkk…..akak berangan nak kawin’
Gedebuk…..kusyen comel melayang ke muka Faizal.
‘adoiiiii…..main kasar ekkk’
Kini sasaran bertukar. ‘ibuuuuuuu…..’jeritanku bergema.
Faizal ketawa berdekah2 sambil mengacah-ngacah kusyen padaku.
‘izal…dah ler…xnak bergurau lagi…tgk ni…bila nak siap…penat tau’ aku merungut.
Faizal dtg bersila di sebelah ku.
‘meh abang tolong…..cian sayang bucuk’ Aku menjelir lidah pada nyer.
‘oiiii…klu nak praktis pun….tlg cari org lain ekkk….nak muntah dengar’
Kami sama2 ketawa. Ruang tamu itu riuh dgn suara kami berdua.
********************************************

Monday, 28 February 2011

Untuk anak-anakku..




Aturan Makan:

Satu biji sekali makan. Pagi dan Malam. Setiap hari. Berterusan selama empat bulan untuk mendapatkan perubahan-perubahan positif. InsyaAllah.


KHASIAT DAN FAEDAH


1) Kecergasan berfikir

2) Ketajaman minda

3) Menghilangkan Penyakit Lupa

4) Menguatkan daya ingatan

5) Mencerdaskan minda

6) Membersihkan hati

7) Mencerahkan mata

8 ) Menghilangkan balgham (kahak)

9) Menguatkan hati dan limpa serta perut

10) Menjadi seorang yang rajin mengerjakan solat dan amal soleh

11) Menjadi seorang itu jujur, amanah dan bertanggungjawab pada diri sendiri

12) Menjadi seorang yang tenang menghadapi peperiksaan

13) Sikap yang suka melawan ibu/bapa berubah menjadi taat dan hormat ibu/bapa dan sebagainya.

mai...mai...mai makan popia


Tengahari nie tekak xmau telan nasi. Nak ubah selera ckit.....makan popia basah. Sebenarnya ada org yg dok rekomen suruh try popia basah kat medan selera tesco. Dah test.....emmmm leh tahan sedap gak.
Sebenarnya bukan semua org pandai wat popia....betui dak? Ada org mengaku pandai...bru 10 minit...dah kecut..kih3. Time panas2...perhhhhh mmg rangup tpi sejuk jer jd liat. Dlm kategori yg tak tau wat popia nie TERMASUK lah aku...hehehe...bab makan n komplen mmg ler aku teror...haha. Tapi aku mmg peminat popia basah. Apatah lg klu dpt yg sos..ummmphhhhhhhh. Perrhhhh...lupa jap kat laki....hahahaha
Kat Sungai Petani (pasar mlm tmn keladi) ada sorang pakcik jual popia basah yg sedap. Tpi xtau la ada atau tidak lg sb dah lama tak pi sana...
Yang paling aku bengang klu ada org jual popia bubuh inti 2,3 kerat.....bakhil nak mampus.Bubuh lak tauge kecut + karet/sengkuang beberapa urat....adehhhh sakit tul hati.
Ok lah...dok creta pasai org mmg tak akan habih....so...jom layan popia.
mai...mai.....pekena popia basah.
Bismillah...

Sunday, 27 February 2011

Aduhai

Aduhai.....pejam celik - pejam celik dahhhhhh nak masuk March 2011....ish3..cepat tul masa berlalu. Azam baru belum lagi start....Patut la badan rasa makin lepak je...rupa2nyer dah makin tua..huhuhu.
Dah terlalu lama rasanyer tak update blog nie. Klu besi..gerenti dah karat..entah2 dah reput.Haraqp2 tuan blog nie lambatlah lagi nak reput...huhuhu.
Kwn2 sume...apalah creta korang yer???...ramai yang dah lost contact. Entah ler....aku yang terlupa atau aku telah dilupakan...waaaaaaaaaaaa..Geng2 mesyuarat tembok pun dah xnampak muka.
Salah satu azam aku, tahun nie nak kumpul semula geng2 lama dan nak tambah geng2 baru...Harap2 tahun nie aku tak jd gengster dah ler...hahahaha.
Salam Ingatan untuk Sume...KAWAN-KAWAN LAMA
Salam Perkenalan untuk Sume.....KAWAN-KAWAN BARU.

Wednesday, 4 August 2010

Sama tpi..... Tak Serupa

Bahulu...sume org biasa makan. Menjadi kegemaran ramai terutama di musim perayaan. Kue tradisi yang sentiasa digemari golongan dewasa dan kanak2. Orang kg makan bahulu cicah kopi O / teh O...perhhhhh..sedap.
Nampak macam biasa je tpi....



Beginilah cara penyediaan kami.....original tradisi.



Inilah hasilnya....nampak serupa tpi rasanya tak sama.

Kepada yg pernah menikmati bahulu tradisi pasti dpt mengenali rasanya yg lebih harum dan rangup. Kepada yg blm pernah menikmatinya...mari lah cuba.
kepada yg pernah mencuba dan ingin menikmatinya semula.....sila.

Harga kami
100 biji = RM25.00 (bentuk bunga / kandih - sedang)
50 biji = RM25.00 (bentuk ikan )

**** harga termasuk kos penghantaran / pos.

balang kue yg comel.

Salam...
Musim perayaan datang lagi...pergi mana2 je org sume dok cbuk jual pakaian raya...baju,tudung berlambak2 org tag...kue raya pun sma gak. Anekakue di tag org dri yang tradisional hingga la kue2 terkini.
Baju dah cantik...tudung dah cantik...kasut n handbag daah cantik...kue2 pun dah cantik tpi...bekas/ balang kue cantik tak???...
Nak sesuatu yang berlainan.......?
Meh cni tengok balang / bekas kue yg unik hasil kreativiti kami...Anda leh pilih warna tema yg disukai dan kami akan menghiaskan utk anda.
Harga yg ditawarkan amat berpatutan.

Set Balang Plastik
1 set = RM80.00 ( 6 biji balang + dulang )


Set Balang Kaca
1 set = RM130.00 ( 6 biji balang + dulang )