Tuesday 1 March 2011

Cerpen: Di sebalik mimpi (bab 1)

Aku mengatur langkah perlahan. Setapak demi setapak ku hampiri tubuh lelaki itu. Ku jatuhkan punggungku ke kerusi di sebelahnya. Angin malam dingin menyentuh kulitku namun bahang di hati makin membara. Faizal menoleh sejenak memandangku. Mata kami bertentangan. Dia cepat2 membuang pandang seolah2 enggan menatap wajahku. Ku lepaskan keluhan kecil sambil meraup wajah yg terasa panas.
‘kak Jue minta maaf atas sem..”
“dah terlambat!’ Faizal pantas memintas.
‘akak faham..’
‘faham?’….
Mata Faizal menatapku garang. Aku membalas tatapan itu. Aku tidak akan mengalah walau ku tahu bahang yg sedang menyala.
‘apa yang kau faham?’ suara faizal tegang.
Dia bangun membelakangiku. Bahasa nya kasar sama seperti 3 bulan yg lalu.
‘Izal….sampai bila kita harus begini? Bermusuhan begini? Akak dah penat melayan keadaan ini. Kita perlu hidup tpi bukan hidup dlm keadaan begini’
Aku masih berusaha untuk berlembut. Faizal membatu. Terdengar degusan keras dilepaskan.
‘akak dah pilih jln sendiri….izinkan akak…yang lain terserah lah pada Izal..akak redha’
Aku meletakkan helaian kertas di atas meja kecil di hadapanku. Aku telah nekad. Biarlah segala2nya bernoktah di sini. Aku terlalu lelah utk mengharungi semua ini. Aku tewas.
***********************************************************
‘Jue…lepas siapkan bunga tu, tolong ibu pasangkan riben ni yer!!’
Aku cuma mampu mengangguk kepala. Dah berderet senarai keja sedang menunggu sentuhan tenagaku.
‘Aduhhh…klu ku tahu begini nasibku…lebih baik aku ambik cuti lambat sikit..tpi kesian lak pada ibu, sorang2 wat keja nie semua….’ Aku mengeluh sendiri.
‘ooo..merungut yer?’
‘oooopocot…hei! ?’
Faizal hanya tersengih mendengar jeritanku.
‘kok yer pun ko menyampah ngan akak…jgn ler bunuh akak sblm merasa nasi minyak ko’
‘ha.ha.ha…..’ Faizal ketawa besar mendengar rajuk ku.
‘uittt…pengantin mana leh merayau2….pergi balik! Mana leh dtg sini…nanti hilang seri pengantin tau’
‘apa la akak nie…org sekarang mana ada pantang larang. Tiap2 ari pun boleh jumpa.
‘nanti klu xberseri masa bersanding…jgn menyesal’
“tak kisah…asalkan pengapit cantik macam akak dah ler…hahaha’
Faizal ketawa lagi sambil mengacah untuk menggosok kepala ku.
Aku hanya menggelengkan kepala. Melayan kan kerenah si faizal ni mmg sakit kepala dibuatnya. Tapi kami mmg akrab sejak kecil lagi. Anak tunggal maklong Ipah nie mmg mesra dgn keluargaku. Sementelah mak long lak satu2 nya kakak dlm keluarga Abah. Mereka 3 beradik tpi pelik nya ketiga2 beradik nie langsung xder anak pompuan. Hanya aku satu2 nyer yg wujud di tengah kelompok ini. Itu pun setelah abah dan ibu memeliharaku yg diambil dari rumah anak2 yatim. Aku hanya anak angkat tpi aku tidak pernah dibezakan malah aku disayangi oleh seluruh keluarga termasuk 2 org abg serta ibu dan bapa saudara. Mungkin kerana aku satu2nya anak perempuan yg wujud. Entah lah……..
Hampir semua sepupuku telah menjadi milik orang. Kini giliran faizal pula. Ahli perniagaan muda ni mmg glamour. Awek keliling pinggang. Mentang2 ler muka ada komercial value….tpi setia org nyer. Si Julia itu aje lah yg diusung sejak kat kampus lagi. Bertuah lah ko Julia…harap2 kekal lah keanak-cucu.
‘oiiiiiiiiii…berangan yer’
Aku terpinga-pinga.
‘ucikkkk…..akak berangan nak kawin’
Gedebuk…..kusyen comel melayang ke muka Faizal.
‘adoiiiii…..main kasar ekkk’
Kini sasaran bertukar. ‘ibuuuuuuu…..’jeritanku bergema.
Faizal ketawa berdekah2 sambil mengacah-ngacah kusyen padaku.
‘izal…dah ler…xnak bergurau lagi…tgk ni…bila nak siap…penat tau’ aku merungut.
Faizal dtg bersila di sebelah ku.
‘meh abang tolong…..cian sayang bucuk’ Aku menjelir lidah pada nyer.
‘oiiii…klu nak praktis pun….tlg cari org lain ekkk….nak muntah dengar’
Kami sama2 ketawa. Ruang tamu itu riuh dgn suara kami berdua.
********************************************

No comments:

Post a Comment