Monday 21 March 2011

masih kah...

Arini....tiba2 ingatan ku terhadap dia menjengah di hati. Dimanakah dia???
bertahun dulu..dialah tunggak harapan hidup ku yang ku impikan utk memayungi kasihku
dialah getaran yang menggoncang rinduku. Dialah arjunaku...
Kami dipertemukan di satu daerah yang xpernah aku duga. Siapalah aku utk bergandingan dengan dia tpi salam keikhlasan yang dihulurkan ku sambut dengan kesyukuran. Bohonglah jika aku berkata tidak tertarik pdnya. Tiap kali dia menjengah ke tempatku...hatiku berlagu riang.Walau sekadar secarik senyuman sudah mampu membuai nyenyak mimpiku.
Dari satu gandingan yang ku rasakan tidak sepadan (sb dia hensem....aku lak cantik tahap xcukup makan...hahahaha)kami layari jua impian yang bernama percintaan. Waktu tu aku sedang menunggu keputusan peperiksaan dan dia pulak sedang mencari pekerjaan. Hari ke hari hubungan kami semakin hangat apatah lg aku direstui oleh insan2 yg kusayangi. Ramai yang menyokong perhubungan kami terutama di kalangan sahabat2 dia. Gurauan dan usik-usikan mereka menjadi satu keselesaan utk aku berada dikalangan kawan2nya. Apatah lagi aku ni jenis kepala gila2 gak. Kebanyakan kwn2 dia adalah golongan pertengahan umur maka secara xlangsung corak pergaulan kami turut terkawal...(xder yg over2 punya..tahap jiwang karat je...kih3)
Selepas mendapat keputusan exam..kmi jrg2 bertemu kerana jarak dan waktu yg terhad. Dia pula mendapat tawaran kerja di unit beruniform nun jauh diperantauan. Hanya bingkisan2 rindu yang mewarnai perjalanan cinta kami.Walau berjauhan aku tidak pernah merasa dilupakan kerana setiap kali dia pulang pasti aku dijengah walau sedetik waktu.
Tanpa kami sedari tempoh waktu berlalu terlalu pantas. Seperti baru semalam bertemu tpi rupa2nya aku dan dia telah menjalinkan hubungan selama 7 tahun...masyaallah!!
Akhirnya kata sepakat kami capai. Aku telah bersedia utk melayari istana impian bersamanya.Tatkala keputusan itu aku sampaikan pd dia...senyumannya memancar bahagia sekali.
Selama 7 tahun ini banyak yang telah kami lalui termasuk kisah2 sedih kehilangan org2 yang aku sayangi..termasuk arwah nenek yg merupakan org kuat yang menyokong tugu cinta kami.
Detik indah yang aku impikan rupa2nya noktah hitam dlm percintaanku. Saat2 aku ingin mengukuhkan tali ikatan kami di saat itu juga kemudiku dihempas badai. 7 tahun bercinta namun hancur musnah di hari aku akan disunting. Semuanya salahku. Aku yang menghancurkan semua impian kerana tidak mahu mengingkari tuntutan jasa dan budi insan yg memeliharaku. Andailah waktu itu Nenek masih ada..........hingga ke hari ini tiap kali terkenang kejadian itu, airmataku terasa ingin mengalir lagi...pedih dan luluh hatiku di saat itu hanya Allah yang tahu. Sakit nya tak tertanggung namun ku simpam sedalam mungkin darah yang membuak-buak membanjiri hatiku. Jiwa ku kosong seperti kapas yang ditiup angin. Aku tahu dia jua sedih dan terhiris namun aku sungguh xberdaya.....ini semua terpaksa aku tempuhi.Saat itu seribu rasa membelenggu hatiku. Sedih, marah, benci... dan aku hanyut dlm duniaku sendiri.
Sejak perpisahan itu aku tidak pernah lagi bertemu dia malah mendengar khabar beritanya pun jauh sekali. Bukan tidak ada niat dihati utk bertemunya malah aku amat merindui dia namun aku takut sekali...takut pada kebencian dia terhadapku. MASIH KAH...aku dibenci hingga ke saat ini..?????? Maafkan aku Im...marilah kita sisihkan cerita lama itu dan kita bina ukhwah baru sebagai sahabat. Kau dan aku kini telah mempunyai keluarga sendiri dan memang telah ditakdirkan antara kita tiada jodoh utk bersama. Aku sering tertanya2...di manakah kau sekarang? bahagiakah hidupmu????....dan MASIHKAH aku tersisa di ingatanmu..???

inilah lagu yg sering menemani kesedihanku bila ingatan rindu membelenggu jiwa.

No comments:

Post a Comment