Monday 28 March 2011

Aku dlm kehidupan

Aku insan yang lemah...
hanya mampu berserah...

Ramai org pompuan yang dok guna ayat nie. Orang lelaki pun ada gak kot ( ada ka?????)
"aku insan yang lemah" dengar bunyi ayat tu pun dah lemah. Tapi hakikatnya adakah kita nie orang- orang yang lemah. Klu lemah lembut tu mmg lah kena pada orang pompuan tpi jgn la lemah pda segalanya lak. (cehhh..bunyi cam nak provoke lak...hahaha...jgn marah)
Lemah yg ada pada pompuan itulah yang leh menjadi senjata paling bahaya di dunia. Nuklear pun kalah...percaya dak?????
Pompuan yang macamana lelaki paling suka utk dibuat isteri...????
99% mesti cakap....yang lemah lembut, sopan, penyayang, ada sifat2 keibuan, pandai hormati org2 tua dsb. nya yang menjurus kepada ciri2 lemah berhemah. Berapa ramai yang sanggup idup ngan pasangan yang keras dan kasar??? tapi ramai gak yang sanggup idup ngan pasangan begini asalkan bini cantik...(btui ka ada yg sanggup mcm nie????..ish3)
Maksue pernah terjumpa pasangan2 yg mcm nie. Bini punya la cantik..muka cun, body (thumb-up) kulit putih gebu..pendekata klu selisih kot jln tu wajib toleh 2 kali laaa....mmg meletup. Tapi itu sifat luaran. Dalaman????...hangin satu badan. Klu dia naik hantu..perhhhhhhhhhhh...hantu pun takut. Bahasa dengan laki pun men ikut sedap mulut je. Waktu baik...amboiiii panggil laki "B"...sebut diri "ayang"...tpi bila marah uhhhhhh...sedih nak sebut...huhuhu
Ramai pasangan sekarang yg maksue perhatikan cara penggunaan bahasa mereka agak kelakar ckit. Masa bercinta dah guna "papa" n "mama".....(jgn xpercaya...budak sklh pun dah mcm nie)..geli tekak mendengar...hehehehe. Masa awal2 perkahwinan "B" n "ayang".......dah lama2 leh tukar jd "aku" "hang" lak....adehhhh...Nape eerkkkk????
Alhamdulillah..dari awal berkahwin spi la skrg (dah 13 thn...rasa cam baru je..hehehe) maksue masih mengekalkan panggilan "abang"n "chek"...maklumlah org utara. Tak pernah dalam hayat perkahwinan kami (seingat maksue lah) kami berbahasa "kau"n "aku"...mmg diharamkan penggunaan bahasa tu dlm keluarga kami termasuk anak2. malah ada beberapa etika berbahasa yg telah kami suami isteri tetapkan di dlm keluarga. Perkara utama yg harus diambil berat adalah penggunaan bahasa kerana setiap hari ahli keluarga akan berinteraksi melalui percakapan.
Satu pesan maksue pd sume ibu-bapa : JANGAN melabelkan anak-anak..."bodohlah kau nie" "bengong budak nie" "sial ko" dll. perkataan- perkataan yang melambangkan negatif. Setiap patah perkataan ibu-bapa adalah doa utk pengiring jalan hidup anak-anak. Walau sehebat manapun amarah didada...istifarlah sebanyak mungkin utk menghindari kita dari melapazkan kata2 negatif pd anak2 kita....dan org2 di sekeliling kita. Biarlah rupa xcantik tpi tutur bahasa cantik..insyaallah..ramai yg akan suka pd kita. BAHASA JIWA BANGSA.!!!!
UUUiiitttt....dah terkeluar tajuk la.....alamak...nie la akibatnya klu org tua (maksue lah tu) menulis...melalut-lalut.sori erkkk nextime kita sambung lg.



Putera-puteriku....ku doakan perjalanan hidupmu berwarna indah umpama pelangi.

No comments:

Post a Comment