Wednesday 23 March 2011

Andai aku pergi dulu


Andai aku pergi dulu
entah berapa lama...aku ditangisi
entah berapa lama...aku dikenangi
entah berapa lama...aku diingati
namun....aku tahu
semadinya jasadku dimamah bumi
tapi kasihsayang anak2ku tetap abadi.

wahai putera-puteriku
tidak ku pohon sebeban impian darimu
cukuplah sekadar sekalung doa utkku
diakhir solatmu.
cukuplah setitis ingatan didasar hatimu
mengenang saat-saat manis disisiku
telah ku redha segala kepadamu
dari titisan air susuku.
telah kuampun segala silapmu
walau dari sekecil zarah sekali pun.

wahai suamiku
jangan kau simpan duka dihatimu
jangan kau pendam luka dijiwamu
kerana aku
tidak rela mengikatmu
dengan ikatan janji-janji kita dulu.
saat mataku terpejam kaku
maka ku lepaskan dirimu
terbanglah ke arah mana sahaja yg kau mahu
dan singgah lah dimana-mana sahaja
yang terbaik mengubati lelahmu.

wahai ibuku
ampunkanlah segala dosa anakmu
walau sekecil zarah yg mengguris hatimu
maafkanlah silap salahku
yang sering khilaf
kerana aku jua punya nafsu
yang sering menewaskan akalku

wahai saudara-saudaraku
jangan ditangisi keberangkatanku
maafkanlah segala silap salahku
dan jangan dibimbangi dosa-dosamu
kerana...telah ku redha dan memaafkanmu
andai selama hidupku
menyusah dan membebankanmu
maka...hari ini ku lepaskan segala bebananmu....terimakasih
kerana menjadi saudara-saudaraku.

akhir sekali..

Along
...dipundakmu ku letakkan harapan
bimbinglah adik-adikmu
payungilah mereka di waktu mereka kebasahan
selimutilah mereka di saat mereka kesejukan.

Angah
...dibahumu kugalaskan kekuatan
melindungi kakak dan adikmu
bentenglah mereka dari sebarang kesakitan
rawatanlah mereka dari sebarang keperitan.

Dan....Adik
....didadamu ku sematkan kasih-sayang
siramilah halaman kasih kakak dan abang
bajailah pohon-pohon keindahan
untuk kalian sama-sama berteduh di bawah rimbunannya
mekarlah wangimu utk mengharumkan ikatan kalian.
akan Ibu doakan dari kejauhan...insyaallah.

No comments:

Post a Comment