Tuesday, 3 May 2011

Di sebalik senyum...

Hari ini aku bertemu dengan sorang kawan lama. Seronok sangat bila sesekali berjumpa. Maklumlah dah 1 tahun aku xdengar sebarang khabar berita dari dia tiba2 arini dapat bertukar cerita.
Dari semenjak aku mengenali dia dahulu hingga kini, org nyer xbanyak berubah cuma nampak dia lebih berisi dan ceria. Mungkin tengah bahagia kot!!!....klu dulu2 bila aku wat lawak2 bodo dia ketawa hanya dari wajah...kdg2 nampak sangat platiknyer. Tpi biar aje lah, xambik hati pun klu kawan2 wat muka plastik...layanzzzzz...huhuhu.
Tpi arini dia berlainan sekali. Wajahnya sungguh ceria...matanya memancarkan kelegaan hati. Dulu aku sering tertanya2 apa masalah kawan aku sorang ni....cuma persoalan itu terlapaz di hati je...nak lebih2 takut gak maklumlah aku nie bukan jenis kepoh (yer lah tu...jgn percaya!!) Hari ini segala persoalan yg tertanam di fikiran aku akhirnya terjawab juga.
Seorang wanita yang ku lihat sempurna kehidupannya namun hari ini baru ku tahu segala resah hati yang tersembunyi.
J mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dengan 3 orang cahayamata yg sedang membesar dan ku kira dia amat bertuah kerana mempunyai seorang suami sempurna (hensem..penyayang...alim)..aduhhhh..kadang2 terfikir gak nape la suamiku tak mencontohi tingkah laku suami dia..(sori bang.....ayang bkn xbersyukur dgn abang cuma..angan2 terlebih sudah...hahahaha)
Lupa nak bagi tahu, dulu aku berjiran dgn si J nie jd kenal lah jugak ngan laki dia tu. Hampir setiap ptg aku nampak (oooiii...bukan aku mengintip erkkk...sori ckit)TERNAMPAK.......suami si J dgn anak2nya ke surau berhampiran..sejuk mata memandang...huhuhu.
Pendekata...suami si J nie mmg kelihatan macam SUAMI MITHALI...airmuka lembut..tenang. TAPI..air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Arini aku terkejut sangat bila J bagi tau dia dah berpisah dgn suaminya gara-gara hal persekolahan anak. Mcm xlogik lak....namun bila diingatkan semula kata2 seorang ustaz kaunseling perkahwinan, hal2 kecil mcm kisah ubat gigi pun leh membawa perceraian jika tiada persefahaman dlm rumahtangga.
Begitulah nasib kawan ku ini....gara2 dia membuat pertukaran sekolah anak tanpa persetujuan suaminya maka dapatlah 1 title yg paling glamour...Mak Jan. Bila aku cakap camtu J ketawa je.
'mana ada glamour........bertambah kelemumur adala la..'
'nape lak?????'
'yer la....serabut kepala nak fikir tanggungjawab pada anak2'
'aik.....yg berpisah mak bapa..anak tetap anak gak...sma2 la tanggung'
'huhh...sedap sma...tanggung sorang'
'pulakkk......adehhhh'
Kini baru terserlah kebenaran. Selama ni ada gak cerita2 feél suami J yg aku dengar tpi cam xcaya je maklumlah cuma cakap2 org. J pulak lebih suka tutup mulut. Rupa2nya suami J pernah terlibat ngan kumpulan Tabliqh (maaf...bkn nak kutuk org2 tabliqh tpi segelintir dikalangan mereka ini terlalu taksub hga terabai tanggungjawab dan amanah yg sepatutnya) Selama ni J yg byk berkorban dlm perbelanjaan dan tanggungjawab rumahtangga. Pernah dia ditinggalkan selama 3 mgu tanpa sesen pun di dlm dompet malahan barangan dapur pun cukup utk 3 hari je....demi anak2 J tebalkan muka meminta bantuan keluarganya.
'malunyer aku waktu tu jgn ckp lah...apatah lg bebelan mak aku...naik menanah telinga'
'ko xder simpanan ker?'
'simpanan?...nak makan ari2 pun sakit'
'abih tu laki ko bg apa???'
'bagi anak'
'ko biar btul....'
'aku bukan nak buruk2 kan sesiapa tpi hakikatnya mmg mcm tu..hanya allah yg tahu derita aku, demi anak dan rumahtangga aku bertahan selama 9 thn..tiap2 jam kepala otak aku serabut spi rasa cam nak meletup..xde tempat nak ngadu..ko faham lah mak aku pun janda anak sorang waktu kawen ngan bapa tiri aku...xkan aku nak bebankan dia lak.'
'nape ko xngadu kat aku??'
'malu aku....korang kan selalu ckp suami aku baik'
(Huhuhu...taubat aku xnak dah puji suami org lain....buang karan je.)
'xpa...biarkan aje lah sume tu berlalu...dah 2 thn aku berpisah ngan dia..aku bahagia skrg dgn anak2'
'dia xnyesal ceraikan ko'(maklumlah kawan aku nie cantik)
'ada gak dia ajak rujuk...katanyer demi anak2 tpi aku ckp..klu dia fikirkan anak2 tentu dulu aku tidak ditinggalkan dan diceraikan'
'betul gak kan!!....ko xnak kawen lg' kuang...kuang...kuang
'biarlah takdir tentu kan'....huhuhu...ayat selamat lah tu...ada harapan nie. Leh ler aku rekomen kat sedara mara...hehehehe....
So...sapa2 yg nak masuk borang..korang kena melalui Makcik Gaban(aku lah tu) nie dulu ....k.
Ada berani????????????
Apa-apa pun..pertemuan hari ini mmg memberi makna yg mendalam utk aku. Inilah cerita-cerita disebalik tabir kehidupan yg jarang kita ketahui walaupun cerita itu adalah kisah benar seorang jiran di sebelah rumah. Saat kita bersuka ria menikmati hidangan sedap tpi jiran sebelah sedang menangis menahan kelaparan. PRIHATIN kah kita.????
Lepas nie aku nak bjar jd jiran yg kepoh lah......
Ada sesiapa yg berani berjiran ngan aku....hahahahaha
SIAP KORANG!!!!!!!!

Saturday, 23 April 2011

Curang

Bukan niat beralih arah
Bukan hasrat berpaling tadah
walau kukuh bersimpul erat
namun naluri sukar ditafsir......
hasrat tertanam payah dipendam....rindu dan dendam
membelai kemahuan.

Jangan disalah pada kejujuran
jangan dibenci keihklasan...
walau pecah benteng kepercayaan
...sekilas terdetik di hati
sunyi dan sepi
mohon dibajai antara ruang waktu.....dusta pun bertinta.

Jauh di sudut hati
tak mungkin didustai....sedih dan duka
pada dusta yang termantera
lantera bisu tiada bicara.

Thursday, 7 April 2011

Kenali Daku.....

Aku nie seorang hamba Allah yg serba kekurangan. Kurang harta benda (x kaya lah tu...tpi suka makan KAYA) kurang paras rupa (x cantiklah tu...tpi tetap perasan lawa...positif thinking...hehehe) kurang lemah lembut ( tpi tetap ada sopan santun wlaupun brutal...)
Alamak..leceh lah ckp pasal 'kurang' nie kan? sebab....kata orang kita kena selalu positif thinking. Biar jalan senget (tempang) tpi kita tetap bersyukur sb dpt berjln. Tu contoh cara2 positif thinking. Pokok pangkalnya perasaan BERSYUKUR....harus sentiasa ada dlm diri.
Siapa Aku???????
Aku nie nak dikatakan MUDA...emmm tak kot. Nak dikatakan TUA...emmm tak jugak sb aku baru masuk area 'my life juz beginning' hehehe....korang faham2 sendiri lah yer (agak2 berapa umur aku skrg erkk??....cuba teka) Umur dah tua tpi muka xlah tua sgt. Awet muda lg...hahaha (rasa meloya tekak). Ramai yang dok tya nape aku leh awet muda. Rahsianya senang je......kawen la laki muda (hahahaha....jgn xpercaya) Suami aku mmg lebih muda. Bukan setahun dua tpi..............jeng1 jeng!...biarlah rahsia.
Tpi korang jgn ingat mudah berlaki muda....salah2 nasib..kita leh jd tua sblm waktunya. Nak tau sb nya????...sb dok mikir pasal suami je takut cari pompuan len (cemburu lah tu) JANGAN gitu.....HIDUPLAH DENGAN TENANG.
Suami harus di HORMAT bukan di FORMAT (kontrol) xkiralah muda, sebaya atau tua. Jgn takut pada bayang2 kerana ketakutan itu akan menjerat kita ke lembah kegelapan.
Aku bukan sorang yang up to date (out of date...ada ler)nak dikatakan konservatif pun xjugak. Kiranya aku dlm group 'sedang-sedang'jer...apa yang penting bg aku adalah orang menerima aku seadanya. Ramai yang ckp aku nie jenis 'happy go lucky'...namun hakikat nya aku sorang yg sensitif but 'keep in secret'.. nothing to display...hahahaha
Nampak brutal tpi tangkap leleh gak bila tgk creta2 sedih..Actualy aku mmg sentiasa ada taman dlm hati..kih kih......manakan tidak, anak aku naik pentas ambik hadiah pun aku dah jatuh airmata. Anak2 aku lak tiap2 tahun nak naik pentas (ada2 je hadiah yg dia orang belasah) maka tiap2 tahun lah airmataku tumpah di sekolah...hahahaha.

maksue (kiri)ngan adik2 angkat

Aku sorang ibu yang sporting ngan anak2 kerana bagi aku, anak2 adalah sahabat susah dan senang. Aku suka berkongsi cerita ngan anak2. Jangan xcaya klu anak2 aku gelarkan aku 'mak atashinci'...hahahaha...korang pernah tgk kartun nie???

Layannnnnzzzzzzzzzzz

Actualy sume kartun aku layan (sb tu otak aku kartun ckit). Nak wat gena lg klu anak sulung suka creta2 princess.....anak bujang suka dragon ball n naruto...anak bongsu layan doraemon.. shincan. Maka aku pun layannnzzz je la.(sb tu gak kat wall FB aku sume game ada dari cafe spi ke mafia...hahaha)

Aduhhhh...penat la aku menulis. Len kali lah sambung......makcik nak rehat jap.
Rehat sebentar bersama kit kat....

Renung2 kan lah...........



Kalau HATI itu seperti air.......jgn dibiarkan ia keruh,
Kalau HATI itu seperti awan.........jgn dibiarkan ia mendung,
Kalau HATI itu seperti bulan...........jgn dibiarkan ia gerhana,
Kalau HATI itu seperti api...............jgn dibiarkan ia membara.
Segalanya bermula di HATI.

Monday, 28 March 2011

Aku dlm kehidupan

Aku insan yang lemah...
hanya mampu berserah...

Ramai org pompuan yang dok guna ayat nie. Orang lelaki pun ada gak kot ( ada ka?????)
"aku insan yang lemah" dengar bunyi ayat tu pun dah lemah. Tapi hakikatnya adakah kita nie orang- orang yang lemah. Klu lemah lembut tu mmg lah kena pada orang pompuan tpi jgn la lemah pda segalanya lak. (cehhh..bunyi cam nak provoke lak...hahaha...jgn marah)
Lemah yg ada pada pompuan itulah yang leh menjadi senjata paling bahaya di dunia. Nuklear pun kalah...percaya dak?????
Pompuan yang macamana lelaki paling suka utk dibuat isteri...????
99% mesti cakap....yang lemah lembut, sopan, penyayang, ada sifat2 keibuan, pandai hormati org2 tua dsb. nya yang menjurus kepada ciri2 lemah berhemah. Berapa ramai yang sanggup idup ngan pasangan yang keras dan kasar??? tapi ramai gak yang sanggup idup ngan pasangan begini asalkan bini cantik...(btui ka ada yg sanggup mcm nie????..ish3)
Maksue pernah terjumpa pasangan2 yg mcm nie. Bini punya la cantik..muka cun, body (thumb-up) kulit putih gebu..pendekata klu selisih kot jln tu wajib toleh 2 kali laaa....mmg meletup. Tapi itu sifat luaran. Dalaman????...hangin satu badan. Klu dia naik hantu..perhhhhhhhhhhh...hantu pun takut. Bahasa dengan laki pun men ikut sedap mulut je. Waktu baik...amboiiii panggil laki "B"...sebut diri "ayang"...tpi bila marah uhhhhhh...sedih nak sebut...huhuhu
Ramai pasangan sekarang yg maksue perhatikan cara penggunaan bahasa mereka agak kelakar ckit. Masa bercinta dah guna "papa" n "mama".....(jgn xpercaya...budak sklh pun dah mcm nie)..geli tekak mendengar...hehehehe. Masa awal2 perkahwinan "B" n "ayang".......dah lama2 leh tukar jd "aku" "hang" lak....adehhhh...Nape eerkkkk????
Alhamdulillah..dari awal berkahwin spi la skrg (dah 13 thn...rasa cam baru je..hehehe) maksue masih mengekalkan panggilan "abang"n "chek"...maklumlah org utara. Tak pernah dalam hayat perkahwinan kami (seingat maksue lah) kami berbahasa "kau"n "aku"...mmg diharamkan penggunaan bahasa tu dlm keluarga kami termasuk anak2. malah ada beberapa etika berbahasa yg telah kami suami isteri tetapkan di dlm keluarga. Perkara utama yg harus diambil berat adalah penggunaan bahasa kerana setiap hari ahli keluarga akan berinteraksi melalui percakapan.
Satu pesan maksue pd sume ibu-bapa : JANGAN melabelkan anak-anak..."bodohlah kau nie" "bengong budak nie" "sial ko" dll. perkataan- perkataan yang melambangkan negatif. Setiap patah perkataan ibu-bapa adalah doa utk pengiring jalan hidup anak-anak. Walau sehebat manapun amarah didada...istifarlah sebanyak mungkin utk menghindari kita dari melapazkan kata2 negatif pd anak2 kita....dan org2 di sekeliling kita. Biarlah rupa xcantik tpi tutur bahasa cantik..insyaallah..ramai yg akan suka pd kita. BAHASA JIWA BANGSA.!!!!
UUUiiitttt....dah terkeluar tajuk la.....alamak...nie la akibatnya klu org tua (maksue lah tu) menulis...melalut-lalut.sori erkkk nextime kita sambung lg.



Putera-puteriku....ku doakan perjalanan hidupmu berwarna indah umpama pelangi.

Wednesday, 23 March 2011

Andai aku pergi dulu


Andai aku pergi dulu
entah berapa lama...aku ditangisi
entah berapa lama...aku dikenangi
entah berapa lama...aku diingati
namun....aku tahu
semadinya jasadku dimamah bumi
tapi kasihsayang anak2ku tetap abadi.

wahai putera-puteriku
tidak ku pohon sebeban impian darimu
cukuplah sekadar sekalung doa utkku
diakhir solatmu.
cukuplah setitis ingatan didasar hatimu
mengenang saat-saat manis disisiku
telah ku redha segala kepadamu
dari titisan air susuku.
telah kuampun segala silapmu
walau dari sekecil zarah sekali pun.

wahai suamiku
jangan kau simpan duka dihatimu
jangan kau pendam luka dijiwamu
kerana aku
tidak rela mengikatmu
dengan ikatan janji-janji kita dulu.
saat mataku terpejam kaku
maka ku lepaskan dirimu
terbanglah ke arah mana sahaja yg kau mahu
dan singgah lah dimana-mana sahaja
yang terbaik mengubati lelahmu.

wahai ibuku
ampunkanlah segala dosa anakmu
walau sekecil zarah yg mengguris hatimu
maafkanlah silap salahku
yang sering khilaf
kerana aku jua punya nafsu
yang sering menewaskan akalku

wahai saudara-saudaraku
jangan ditangisi keberangkatanku
maafkanlah segala silap salahku
dan jangan dibimbangi dosa-dosamu
kerana...telah ku redha dan memaafkanmu
andai selama hidupku
menyusah dan membebankanmu
maka...hari ini ku lepaskan segala bebananmu....terimakasih
kerana menjadi saudara-saudaraku.

akhir sekali..

Along
...dipundakmu ku letakkan harapan
bimbinglah adik-adikmu
payungilah mereka di waktu mereka kebasahan
selimutilah mereka di saat mereka kesejukan.

Angah
...dibahumu kugalaskan kekuatan
melindungi kakak dan adikmu
bentenglah mereka dari sebarang kesakitan
rawatanlah mereka dari sebarang keperitan.

Dan....Adik
....didadamu ku sematkan kasih-sayang
siramilah halaman kasih kakak dan abang
bajailah pohon-pohon keindahan
untuk kalian sama-sama berteduh di bawah rimbunannya
mekarlah wangimu utk mengharumkan ikatan kalian.
akan Ibu doakan dari kejauhan...insyaallah.

Monday, 21 March 2011

masih kah...

Arini....tiba2 ingatan ku terhadap dia menjengah di hati. Dimanakah dia???
bertahun dulu..dialah tunggak harapan hidup ku yang ku impikan utk memayungi kasihku
dialah getaran yang menggoncang rinduku. Dialah arjunaku...
Kami dipertemukan di satu daerah yang xpernah aku duga. Siapalah aku utk bergandingan dengan dia tpi salam keikhlasan yang dihulurkan ku sambut dengan kesyukuran. Bohonglah jika aku berkata tidak tertarik pdnya. Tiap kali dia menjengah ke tempatku...hatiku berlagu riang.Walau sekadar secarik senyuman sudah mampu membuai nyenyak mimpiku.
Dari satu gandingan yang ku rasakan tidak sepadan (sb dia hensem....aku lak cantik tahap xcukup makan...hahahaha)kami layari jua impian yang bernama percintaan. Waktu tu aku sedang menunggu keputusan peperiksaan dan dia pulak sedang mencari pekerjaan. Hari ke hari hubungan kami semakin hangat apatah lg aku direstui oleh insan2 yg kusayangi. Ramai yang menyokong perhubungan kami terutama di kalangan sahabat2 dia. Gurauan dan usik-usikan mereka menjadi satu keselesaan utk aku berada dikalangan kawan2nya. Apatah lagi aku ni jenis kepala gila2 gak. Kebanyakan kwn2 dia adalah golongan pertengahan umur maka secara xlangsung corak pergaulan kami turut terkawal...(xder yg over2 punya..tahap jiwang karat je...kih3)
Selepas mendapat keputusan exam..kmi jrg2 bertemu kerana jarak dan waktu yg terhad. Dia pula mendapat tawaran kerja di unit beruniform nun jauh diperantauan. Hanya bingkisan2 rindu yang mewarnai perjalanan cinta kami.Walau berjauhan aku tidak pernah merasa dilupakan kerana setiap kali dia pulang pasti aku dijengah walau sedetik waktu.
Tanpa kami sedari tempoh waktu berlalu terlalu pantas. Seperti baru semalam bertemu tpi rupa2nya aku dan dia telah menjalinkan hubungan selama 7 tahun...masyaallah!!
Akhirnya kata sepakat kami capai. Aku telah bersedia utk melayari istana impian bersamanya.Tatkala keputusan itu aku sampaikan pd dia...senyumannya memancar bahagia sekali.
Selama 7 tahun ini banyak yang telah kami lalui termasuk kisah2 sedih kehilangan org2 yang aku sayangi..termasuk arwah nenek yg merupakan org kuat yang menyokong tugu cinta kami.
Detik indah yang aku impikan rupa2nya noktah hitam dlm percintaanku. Saat2 aku ingin mengukuhkan tali ikatan kami di saat itu juga kemudiku dihempas badai. 7 tahun bercinta namun hancur musnah di hari aku akan disunting. Semuanya salahku. Aku yang menghancurkan semua impian kerana tidak mahu mengingkari tuntutan jasa dan budi insan yg memeliharaku. Andailah waktu itu Nenek masih ada..........hingga ke hari ini tiap kali terkenang kejadian itu, airmataku terasa ingin mengalir lagi...pedih dan luluh hatiku di saat itu hanya Allah yang tahu. Sakit nya tak tertanggung namun ku simpam sedalam mungkin darah yang membuak-buak membanjiri hatiku. Jiwa ku kosong seperti kapas yang ditiup angin. Aku tahu dia jua sedih dan terhiris namun aku sungguh xberdaya.....ini semua terpaksa aku tempuhi.Saat itu seribu rasa membelenggu hatiku. Sedih, marah, benci... dan aku hanyut dlm duniaku sendiri.
Sejak perpisahan itu aku tidak pernah lagi bertemu dia malah mendengar khabar beritanya pun jauh sekali. Bukan tidak ada niat dihati utk bertemunya malah aku amat merindui dia namun aku takut sekali...takut pada kebencian dia terhadapku. MASIH KAH...aku dibenci hingga ke saat ini..?????? Maafkan aku Im...marilah kita sisihkan cerita lama itu dan kita bina ukhwah baru sebagai sahabat. Kau dan aku kini telah mempunyai keluarga sendiri dan memang telah ditakdirkan antara kita tiada jodoh utk bersama. Aku sering tertanya2...di manakah kau sekarang? bahagiakah hidupmu????....dan MASIHKAH aku tersisa di ingatanmu..???

inilah lagu yg sering menemani kesedihanku bila ingatan rindu membelenggu jiwa.